Friday, May 21, 2010

Makan di premis halal sahaja

Makan di premis halal sahaja

KANGAR - Para pengguna terutama muslim kini perlu bertindak lebih agresif dengan hanya memilih premis yang memiliki sijil halal untuk dikunjungi bagi memberi pengajaran kepada pengusaha yang liat memohon sijil tersebut.
Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman berkata, tindakan tersebut sebenarnya akan memberi tekanan kepada pengusaha degil.
"Ini kerana ketika ini pengusaha tidak nampak keuntungan atau kelebihan sijil halal kerana mereka merasakan orang ramai tetap akan makan di premis mereka tanpa sijil itu ekoran tiada tekanan.
"Oleh itu, sebagai pengguna kita perlu memainkan peranan kita dengan bertindak mendidik pengusaha yang liat ini sempena kempen 1Malaysia 1Halal yang sedang berlangsung," katanya ketika dihubungi.
Petikan: Kosmo 21 Mei 2010

Ini adakah satu petikan yang seharus nya di baca oleh semua orang Islam.  Kita bukan sekadar membincangkan tentang sijil halal sahaja tapi lihat dengan mata sendiri siapa yang menyediakan makanan tersebut.
  1. Dua hari lalu waktu makan tengah hari di gerai Makan Kompleks Kerajaan Jalan Duta, Gerai 11 menjual buah potong oleh bukan Islam, pembeli nya dari kiraan kasar 32 orang, 30 orang wanita Melayu bertudung, mengapa ?? Silap nya tiada orang Melayu yang jual buah di tempat tersebut. Ini kerap berlaku kerana penjual buah di Chow Kit, di kebanyakan pusat bandar oleh bukan Islam. Mereka ini tidak miliki sijil tapi....
  2. Di sebuah warung Nasi Ayam Hainan di Pusat Gerai Taman melawati. penjual, bukan Islam, tapi pekerja sumua bertudung dari saberang, halal ?? (tiada sijil) pembeli 90 % Melayu Mengapa ??
  3. Di Gerai DBKL Hospital tanglin, penjual air dan roti bakar agak popular, penjual suami isteri menitih peluh, bukan Islam tapi pelangan 90% Melayu ??
  4. Di tempat sama penjual mee, di isi mangkok dengan tangan, pemilik penjual bukan Islam, pembeli 90% Melayu ??
  5. Di Gerai TPCA, pemjual mee, bukan Islam, pembeli 90% Melayu ??/
MAAF JANGAN AIBKAN ORANG ITU PESANAN SAYA TAPI NI ADALAH HURAIAN DARI RENCANA KOSMO

Thursday, May 20, 2010

MALU ADALAH KEIMANAN

Sifat malu melambangkan nilai keimanan,...

To members of BerUsrah BeRsama
Wardatul Iman 20 May at 21:40 Reply
Asslamualaikum w.tw...
pda mlm ini mrilah sma2 kita terokai apakah sfat sbenar mlu dlm islam...

MALU antara sifat terpuji yang melambangkan ketinggian budi pekerti Muslim dan ketebalan imannya. Sifat malu juga satu petanda membuktikan iman itu bertapak kukuh dalam jiwa sanubarinya, sebaliknya mereka yang tidak mempunyai rasa malu bermakna sudah hilang imannya.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Malu dan iman itu adalah teman yang seiring jalan. Jika salah satu daripadanya terangkat (tiada), nescaya terangkat (tiada) juga yang satu lagi.” (Hadis riwayat Muslim)

Sebenarnya, malu adalah sifat semula jadi diciptakan Allah SWT pada setiap insan. Ia dapat diperhatikan apabila seseorang manusia kemerahan wajahnya atau pipinya akibat malu selepas dimarahi atau melakukan sesuatu yang kurang sopan.

Ada juga manusia bermuka tebal sehingga tidak menghiraukan apa dilakukannya. Orang itu tidak mempunyai perasaan malu di sudut hatinya. Sifat malu diberi kedudukan istimewa dalam Islam.

Rasulullah bersabda bermaksud: “Sesungguhnya bagi setiap agama ada tatasusilanya atau ciri-ciri istimewanya, maka untuk Islam ialah sifat malu.” (Hadis riwayat Malik)

Sehubungan itu, Sheikh Muhammad al-Ghazali dalam kitabnya Akhlak Muslim menjelaskan, dalam ajaran Yahudi pada zaman Nabi Musa AS ada ciri kekerasan dan dalam ajaran Masihi pada zaman Nabi Isa AS pula ada ciri kelembutan dan kelonggaran dalam kira bicaranya serta saling bermaaf-maafan.

Sementara Islam pula mempunyai sifat malu sebagai ciri keistimewaannya. Ringkasnya, sifat malu mempunyai kedudukan tinggi dalam Islam sehingga dijulang sebagai satu simbol melambangkan nilai keimanan dan kesusilaan seseorang Muslim, sekali gus mengisyaratkan betapa Islam adalah agama menganjurkan umatnya berakhlak mulia dan menjauhi sama sekali segala yang keji.

Rasulullah SAW adalah teladan terbaik dalam penampilan akhlak terpuji sehingga diperakui bahawa akhlak Rasulullah SAW terjemahan menyeluruh al-Quran. Sebenarnya, Rasulullah SAW adalah seorang yang amat pemalu dalam tingkah laku sehariannya.

Diriwayatkan oleh sahabatnya, Abu Sa’id al-Khudri yang bermaksud: “Rasulullah SAW adalah seorang yang sangat pemalu dan lebih pemalu daripada seorang anak dara dalam kelubungnya dan apabila Baginda melihat sesuatu yang tidak disukainya, nescaya kami dapat camkan yang demikian itu melalui wajahnya.” (Hadis riwayat Muslim)

Justeru, wajarlah setiap Muslim menghiasi dirinya dengan sifat malu kerana sifat itu lambang kesempurnaan iman seseorang kepada Allah SWT. Lebih-lebih lagi, sifat malu mampu bertindak sebagai perisai atau benteng bagi seseorang Muslim terjerumus ke lembah kehinaan.

Malah, dengan sifat malu yang bertakhta kukuh dalam sudut hati berupaya memartabatkan individu Muslim sebagai Muslim yang kental imannya, luhur budi pekertinya, berdisiplin dan disenangi semua insan.

Sebaliknya, seandainya sifat malu terhapus dan tidak bertapak dalam hati seseorang, maka ia menjadi bibit virus atau penyakit yang mampu menggugat keimanan seseorang dan akhirnya dengan mudah terjerumus ke lembah kederhakaan kepada Allah SWT.

Mungkin ini bertepatan dengan peringatan keras Rasulullah SAW dalam sabda yang bermaksud: “Apabila Allah SWT kehendaki untuk membinasakan seseorang hamba, akan dicabut daripadanya perasaan malu. Maka apabila dicabut daripadanya sifat malu, dia akan dibenci orang dan bila dia dibenci orang, akan dicabut daripadanya sifat amanah. Apabila dicabut daripadanya sifat amanah, maka dia didapati sebagai seorang yang khianat dan dikhianati. Jika dia berada dalam keadaan yang sedemikian, akan dicabut pula daripada hatinya perasaan rahmat dan bila ia terjadi begitu, maka dia tidak akan berada melainkan dalam keadaan yang dilaknati dan dimurkai. Bila dia dilaknati dan dimurkai, bermakna terungkailah akhirnya tambatan Islam daripadanya.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Akibatnya, berleluasa krisis sosial dan maksiat tanpa batasan dalam kehidupan manusia seperti diperhatikan dalam masyarakat hari ini. Kita melihat muda mudi tanpa segan silu bergandingan tangan dan berpelukan di khalayak ramai biarpun tidak mempunyai ikatan sah.

Malah, ada juga yang sudah terlanjur ke lembah perzinaan di mana akhirnya si gadis yang hamil terpaksa melakukan pengguguran terhadap anak yang dikandunginya secara haram.

Begitu juga, amalan rasuah yang semakin menjadi-jadi. Semuanya berpunca tidak lain tidak bukan kerana sifat malu tidak menjadi perhiasan wajib dalam diri seseorang Muslim. Pendek kata, sifat malu berupaya menghambat hawa nafsu dan menghalang daripada terjebak ke kancah kehinaan.

Sifat malu menurut kaca mata Islam ialah malu kepada Allah. Rasulullah menegaskan sabda yang bermaksud: “Malulah kamu dengan Allah dengan sebenar-benar malu. Kami (sahabat) menjawab: Sesungguhnya kami sememangnya malu kepada Allah, Alhamdulillah. Ujar baginda: Bukan itu ….. Malu kepada Allah dengan sebenar-benar malu itu ialah dengan menyaring sesuatu yang memasuki kepala dan perut kamu, mengingati mati dan kehancuran tubuh badan (jasad) apabila memasuki kubur nanti. Sesiapa yang berkehendakkan akhirat, hendaklah dia tinggalkan perhiasan dunia yang berlebihan dan memilih kehidupan akhirat berbanding kehidupan dunia yang sementara. Maka sesiapa yang benar-benar melakukan yang sedemikian itu, sesungguhnya dia malu kepada Allah dengan sebenar-benar malu.” (Hadis riwayat Tirmizi)

Individu Muslim yang bersifat malu adalah Muslim yang soleh dan bertakwa kepada Allah. Ibu bapa dan anak yang memiliki sifat malu mampu membentuk sebuah keluarga bahagia. Pemimpin bersama rakyat jelata sewajarnya bersifat malu bagi membentuk sebuah masyarakat bersih, harmoni dan sejahtera serta cemerlang dalam segala lapangan hidup.

Perlu diinsafi besarnya peranan sifat malu dalam kehidupan ummah sejagat sehingga ia dapat membentuk sebuah kehidupan harmoni dan sejahtera yang berada di bawah keredaan Ilahi dunia serta akhirat.

Sumber: Berita Harian

=selawat=

Monday, May 17, 2010

Hadis 1

BanGku KoSong
BanGku KoSongMay 14, 2010 at 7:06pm
Subject: HADIS 1
HADIS 1
عن أمِيْرِ المُؤْمِنِيْنَ أبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الخَطَّاب رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ ا للهِ
صلى الله عليه وسلم یَقُولُ: (( إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ آَانَ تْ
هِجْرَتُهُ إِلىَ اللهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُولِهِ وَمَنْ آَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا یُصِيْبُهَا أَوِ امْرَأَ ةٍ
یَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ)) . رواه إماما الحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بن
إبراهيم بن المغيرة بن بردزیة البخاري، وأبو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري
النيسابوري في صحيحيهما اللذین من أصح الكتب المصنفة.

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar
Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap
orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka
hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu
mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke
arah perkara yang ditujuinya itu.
Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn
Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim
al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling
sahih (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya pada bahagian awal kitab sahihnya, juga dalam Kitab Iman dan beberapa
tempat lain dalam kitab sahihnya. Al-Imam Muslim meriwayatkannya dalam Kitab al-Imarah Bab : إنما الأعمال
بالنية) باب قوله ) hadis nombor 1908).
Hadis ini adalah salah satu hadis utama dalam lslam.

Pokok perbincangan hadis :
1) Sebab keluar Hadis ini - kisah Hijrah Ummu Qais
2) Kenapa niat penting :
untuk bezakan ibadat dengan adat.
untuk tentukan qasad amal - adakah untuk Allah atau lainnya.

3) Hukum melafazkan niat(jahr) - bid’ah mungkarah :
tidak thabit dalam quran dan sunnah - (asal ibadah haram kecuali berdalil) - fuqaha’ Syafie : sunnat.
haram sekiranya dengan jahr niat boleh mengganggu orang lain (solat).

4) Kesan niat baik pada perkara yang harus :
dikira sebagai qurbah (hampir dengan Allah), dan diberi pahala baginya.
makan minum - niat nak buat ketaatan/ memberi nafkah - (hak anak/isteri)
jima’@ bergaul dgn isteri - dikira ibadah (memberi hak).

5) Beberapa Langkah Perkara Harus bertukar menjadi Qurbah:
Tidak boleh jadikan gambaran luaran perkara harus sebagai qurbah. Cth- berdiri di bawah panas matahari …..(hadis nazar seorang lelaki)
Perkara yang mubah sebagai wasilah kepada ibadah.

Mengambil ia sebagai tasyri’ ilahi - yakin bahawa ianya harus/
tidak melampau/ menepati syariat.
Menganggap ianya sebagai juz’ie - tak boleh berpanjangan sehingga membinasakan diri - sprt - tak makan - berdosa.

Antara pengajaran hadis:
Niat adalah teras segala amalan. Amalan baik mesti disertakan niat yang baik. Amalan yang buruk atau
amalan yang baik tetapi dijalankan tidak mengikut aturan syara', tidak membawa apa-apa faedah walaupun dilakukan dengan niat yang baik. Demikian juga amalan baik jika diniatkan bukan kerana 
Allah, seumpama kerana riya', menunjuk-nunjuk atau kerana suatu tujuan duniawi, maka ia tidak memberikan apa-apa faedah.
Ulama ada berkata: Boleh jadi suatu amalan kecil menjadi besar kerana niat dan suatu amalan yang besar menjadi kecil kerana niat. Sesuatu amalan dibalas berdasarkan niat pelakunya.
Hijrah adalah suatu peristiwa besar dalam lslam di mana umat lslam diperintahkan berhijrah. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, dia akan dikurniakan pahala besar, sebaliknya jika kerana
dunia atau perempuan, maka dia hanya mendapat apa yang diniatkannya.
Walaupun hijrah sudah tiada lagi, namun hijrah dengan makna meninggalkan maksiat kepada
melakukan taat, ia juga dianggap hijrah yang akan dikurniakan pahala.

Friday, May 14, 2010

MANUSIA SNTIASA BERHAJAT KPD ALLAH S.W.T

Wardatul Iman 13 May at 10:44 
asslmaualaikum w.t.w

Walau apa pun status kita di muka bumi ini kita sentiasa berharap kepada pertolongan Allah.

SEBAGAI seorang Muslim, kita mengakui bahawa kewujudan kita di alam ini didahului oleh tiada kepada ada. Kita hadir ke dunia ini dalam keadaan yang serba lemah dan tidak mengerti apa-apa, melalui proses kelahiran dari perut seorang ibu yang dicampakkan oleh Allah SWT perasaan sayang dan belas kepada anak yang dilahirkan.

Berbeza dengan Allah SWT yang tidak ada permulaan dan pengakhiran pada kejadian-Nya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Awal dan Maha Akhir, Maha Kaya dan Maha Penyayang.

Kejadian diri kita yang memerlukan sepenuhnya kepada Pencipta, mengingatkan kepada keperluan wajib diri kita kepada kurniaan dan pertolongan Allah SWT pada setiap waktu. Kebergantungan kita kepada Allah adalah hakikat diri kita yang semestinya diakui penuh sedar dan insaf oleh semua yang bernama makhluk.

Sheikh Ibnu Atoillah r.a mengungkapkan dalam kalam hikmahnya:

“Keperluan kamu adalah hakikat semulajadi bagi kejadian dirimu, sedangkan kemunculan pelbagai sebab mengingatkan kamu kepada sesuatu yang tersembunyi tentang hakikat tersebut, dan keperluan yang semulajadi itu tidak dapat diangkat oleh perkara-perkara yang mendatang”.

Lumrah manusia sering lupa dan alpa terhadap keperluan dan hakikat dirinya apabila dia sentiasa berada dalam keadaan sihat dan dapat memiliki segala keinginannya. Jauh sekali untuk mengakui kesilapan dan kelemahannya.

Oleh itu, Allah dengan sifat kelembutan dan pengasih-Nya menarik hamba-hamba-Nya kepada-Nya dengan rantai ujian dan pelbagai sebab seperti kefakiran dan kesakitan untuk mengingatkan mereka tentang keperluan hakikat dirinya yang tersembunyi itu kepada-Nya.
SUBHANALLAH... BEGITU MAHA PENGASIHNYA ALLAH kapada kita hamba2xNYA...

Doa untuk Mu

BanGku KoSong 12 May at 14:42 
Assalamualaikum wbt

Kita mestilah menjadikan doa sebagai perantaraan dengan Allah di dalam setiap urusan hidup kerana doa adalah otak bagi segala 'ibadah. Untuk itu kita mestilah memilih doa-doa yang ma'thur dari Rasulullah s.a.w.

Sesungguhnya benar firman Allah bila Ia mengatakan:

وقال ربكم أدعوني أستجب لكم
"Mintalah doa kepadaku, nescaya aku akan memperkenankan permintaanmu".

1. Doa ketika hendak tidur.

بسمك رَبِّي وَضَعْتُ جَنْبِي وَبِكَ أَرْفَعُهُ إِنْ أَمْسَكْتَ نَفْسِي فَاغْفِرْ لَهَا وَإِنْ أَرْسَلْتَهَا فَاحْفَظْهَا بِمَا تَحْفَظُ بِهِ عِبَادَكَ الصَّالِحِينَ

"Dengan nama-Mu wahai Tuhanku, aku baringkan pinggangku dan kerana Engkau aku mengangkatnya; jika Engkau tahan jiwaku (Kau ambil jiwaku) ampunilah diriku, jika Engkau lepaskan ruhnya, maka peliharalah diriku sebagaimana Kau pelihara hamba-hambaMu yang salih. (Hadis riwayat Jama'ah).

2. Doa ketika bangun dari tidur.

قَالَ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ

"Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami setelah kami mati. Dan kepadaNya kami kembali." (Hadis riwayat Bukhari)

3. Doa ketika memakai pakaian dan menanggalnya.

اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ كَسَوْتَنِيهِ أَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِهِ وَخَيْرِ مَا هو لَهُ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّهِ وَشَرِّ مَا هو لَهُ

"Ya Allah aku memohon kepadaMu kebaikan pakaian ini dan kebaikan yang ada padanya. Aku berlindung padaMu dari kejelikan pakaian ini dan kejelikan apa yang ada padanya". (Hadis Riwayat Ibnus Sunni)

4. Doa ketika keluar dari rumah dan memasukinya.

بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ

"Dengan nama Allah aku bertawakal kepadaNya; tidak ada daya, tidak ada kekuatan kecuali kerana Allah". (Sunan Tirmizi)


from Kelab Remaja Islam HIKMAH

Thursday, May 13, 2010

Hubungan

Wardatul Iman
Wardatul ImanMay 13, 2010 at 7:10am
Subject: HUBUNGAN DGN ALLAH & HUBUNGAN DGN MANUSIA..
asslamualaikum w.t.w

Bentuk-bentuk Akhlak dengan Allah :

1.Mengenal Allah dengan yakin
2.Merasakan kebesaran Allah
3.Merasa takut dengan siksaan Allah
4.Merasa senantiasa diawasi Allah
5.Merasa rendah diri terhadap Allah
6.Merindui setiap takdir dan ketentuan-Nya
7.Sabar atas ujian Allah
8.Mencintai Allah lebih dari pada yang lain dan selalu mengingat-Nya
9.Tawakal kepada Allah dan mengaharapkan rahmat-Nya
10.Rindu kepada surga dan pertemuannya dengan Allah

Bentuk-bentuk akhlaq kepada manusia

1.Mencintainya sebagaimana mencintai dirinya sendiri
2.Merasa gembira dengan kegembiraannya begitu pula bersedih
3.Mengharap kebaikan buat nya dan terjauh dari bencana
4.Benci terhadap kejahatannya tetapi kasihan terhadapnya dan menasehatinya
5.Kebaikannya ditiru, kejelekannya diperbaiki dan dirahasiakan
6.Mengenang jasanya dan membalasnya karena Allah
7.Memaafkannya dan sanggup meminta maaf pula
8.Berlapang dada dan berbaik sangka dengan manusia.

=selawat=

Saturday, May 8, 2010

JANTUNG BUKAN HATI...

JANTUNG BUKAN HATI...

SETELAH sekian lama kolum ini terhenti, Alhamdulillah, kita dapat bertemu kembali berbicara tentang pelbagai isu semasa berkaitan agama dan amalan kita.
Pernah seorang pakar jantung bertanya saya tentang sabda Nabi s.a.w: “Ketahuilah bahawa dalam jasad ada seketul daging, apabila baik maka baiklah jasad, apabila rosak maka rosaklah jasad. Ketahuilah ia adalah hati!”.
Dia bertanya saya mengapakah Nabi s.a.w menyebut ‘hati’ tidak menyebut jantung sedangkan jantung adalah organ terpenting dan penentu dalam tubuh manusia.
Saya jawab: Dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim itu, Nabi s.a.w tidak pernah menyebut ‘hati’, sebaliknya menyebut al-qalb iaitu jantung. Adapun hati dalam bahasa Arab disebut kabid. Namun, malangnya dalam bahasa Melayu jantung selalu diterjemah sebagai hati. Sedangkan bahasa Inggeris menterjemah dengan betul iaitu ‘heart’ yang bermaksud jantung.
Cumanya, orang Melayu menterjemahkan ‘you are in my heart’ sebagai ‘awak dalam hatiku’ padahal hati dalam bahasa Inggeris ‘liver’ bukan heart. Namun ‘heart attack’ tetap sebagai serangan jantung, tidak pula serangan hati. Begitu ‘heart disease’ sebagai penyakit jantung. Mungkin kerana ia berkaitan sakit, jika salah terjemah buruk padahnya.
Jangan sampai doktor yang sepatutnya membedah jantung dibedahnya hati. Orang boleh derma hati dan terus hidup, namun tidak mungkin boleh derma jantung dan terus hidup.
Qalb dan Qulub
Al-Quran dan Sunnah menggunakan perkataan qalb (jantung) atau qulub (jantung-jantung) sebagai kata jamak atau plural untuk qalb. Sejak dahulu perkataan qalb difahami oleh orang Arab sebagai organ yang tergantung dalam tubuh manusia.
Dalam kamus rujukan bahasa Arab yang terpenting, iaitu Lisan al-‘Arab, pengarang Ibn Manzur (meninggal 711H) menyatakan: Al-Qalb: segumpal daging dari fuad (jantung) yang tergantung dengan urat besar tempat ia bergantung” (Ibn Manzur, Lisan al-‘Arab 1/687, Beirut: Dar al-Fikr).
Disebabkan perkembangan ilmu perubatan, maka dalam kamus Arab moden takrifan lebih terperinci. Dalam al-Mu’jam al-Wasit disebut: “al-Qalb ialah organ berotot dalaman yang menerima darah daripada salur darah dan mengepam ke arteri” (al-Mu’jam al-Wasit, 2/753).
Ini sama dengan maksud jantung dalam Kamus Dewan Bahasa: “Organ berotot yang mengepam darah ke seluruh badan” (Kamus Dewan Bahasa Edisi Ke-3, 519).
Jelas, qalb atau kata jamaknya qulub yang digunakan oleh orang Arab, demikian digunakan oleh al-Quran dan Hadis tidak merujuk kepada hati, tetapi merujuk kepada jantung. Terjemahan Inggeris lebih tepat iaitu ‘heart’.
Malangnya, hingga terjemahan heart dari Inggeris ke melayu juga tidak stabil kerana kadang-kadang diterjemah sebagai hati, kadang-kadang diterjemah sebagai jantung.
Kekeliruan
Kekeliruan dalam memberikan maksud qalbu atau heart ini telah menyebabkan Kamus Dewan Bahasa memberikan maksud perkataan hati yang pelbagai. Disebut dalam Kamus Dewan: “Hati: 1. organ dlm badan yg berwarna perang kemerah-merahan di dlm perut di bahagian sebelah kanan…2. = jantung.. 3. batin (tempat perasaan, pengertian)..”. (ibid, 445).
Sementara itu dalam satu artikel yang diterbitkan oleh Jurnal Bahasa DBP (Jilid 5, Bilangan 4, 2005) Imran Ho Abdullah dan Norsimah Mat Awal cuba memberikan maksud hati secara konsep dan metafora dalam bahasa Melayu.
Artikel mereka itu berjudul “Pengkonsepsian dan Pemetaforaan Hati”. Namun saya melihat, justifikasi bahasa di sudut konsep dan metafora yang cuba diberikan dan juga kepelbagaian maksud hati sehingga diterjemahkan salah satunya sebagai jantung, tetap mengelirukan bagi memahami maksud asal qalb dalam al-Quran dan Hadis.
Bahkan penyataan hati bermaksud jantung dalam bahasa Melayu itu sendiri boleh mengelirukan kerana keduanya organ yang berbeza. Apatahlagi, kajian saintifik moden benar-benar membezakan peranan antara kedua organ tersebut.
Jika pun boleh diterima, salah satu pengertian hati itu disebutkan oleh Kamus Dewan sebagai batin atau tempat perasaan. Ini hampir ada persamaan dengan maksud akal (al-‘Aql) yang sebut juga sebagai salah satu maksud qalb dalam Lisan al-‘Arab (m.s 687).
Maka perkataan qulub atau qalb dalam nas-nas Islam lebih tepat diterjemahkan sebagai jantung, atau jika hendak digunakan juga perkataan hati mungkin boleh disebut ‘jantung hati’.
Sebahagian penulis atau pembicara suka menggunakan perkataan ‘kalbu’ seperti ungkapan dalam ‘dalam kalbuku ini’.
Perkataan kalbu dianggap sebagai ungkapan qalb dalam yang dimelayukan. Ya, mungkin boleh, tetapi bagi yang mengetahui bahasa Arab ia agak berat sebab kalb iaitu dengan huruf ‘kaf’ (=kalb atau kalbun) dalam Bahasa Arab bermaksud anjing. Jika dengan huruf ‘qaf ‘ (=qalb atau qalbun) barulah bermaksud jantung.
Al-Quran dan Hadis
Hari ini dengan kemajuan sains dan teknologi, begitu banyak mukjizat sains dalam al-Quran dan Hadis ditemui. Maka, menterjemah perkataan qalb atau qulub dalam kedua sumber itu dengan maksud asalnya iaitu jantung adalah suatu kemestian.
Jika tidak, nanti orang Melayu gagal memahami rahsia saintifik di sebalik perkataan tersebut. Amat besar perbezaan fungsi antara jantung dan hati!
Dengan itu kita sepatutnya menukar terjemahan ayat-ayat al-Quran seperti: “dalam hati-hati mereka ada penyakit” (al-Baqarah: 10) dengan “dalam jantung-jantung mereka ada penyakit”. Begitu juga: “mereka berkata dengan mulut-mulut mereka, apa yang tiada dalam hati-hati mereka” (Ali ‘Imran: 167), diterjemahkan “…apa yang tiada dalam jantung-jantung mereka”.
Begitulah seterusnya. Bahasa Inggeris telah menterjemah dengan tepat seperti “in their hearts is disease..”, “..what was not in their hearts”. Ini bukan kerana ingin menyalahkan bahasa kita yang telah berjalan sejak sekian lama. Namun, tujuannya bagi mendekatkan kefahaman secara lebih tepat penggunaan perkataan yang dipilih oleh al-Quran dan Hadis atau dalam Bahasa Arab.
Perkembangan ilmu terutamanya sains juga mengajak kita lebih teliti terhadap istilah-istilah al-Quran dan Hadis ini. Sekali lagi, jantung bukan hati!