Sunday, June 6, 2010

Jihad Kaum Wanita

AGAMA

Jihad Kaum Wanita
Hadith:
Daripada Aishah r.a. katanya, aku berkata, “Ya Rasulullah, kita mengetahui bahawa jihad adalah sebaik-baik amalan. Oleh itu apakah kami kaum wanita tidak boleh ikut berjihad?” Baginda terus menjawab: “Bagi kamu semua (kaum wanita) jihad yang paling baik ialah mengerjakan haji dan mendapatkan haji mabrur.” (al-Bukhari)
Huraian :
Haji juga disebut oleh Rasulullah SAW sebagai ibadah yang darjatnya sama dengan jihad fi sabilillah, kerana apabila seseorang itu mati sewaktu menunaikan ibadah haji, matinya itu tergolong seperti mati syahid.
Rasulullah SAW bersabda: "Jihad orang yang tua, lemah dan wanita ialah menunaikan haji" (an-Nasa'i). Oleh itu setiap muslim harus menunaikan ibadah haji dengan sebaik-baiknya sebagaimana ibadah-ibadah lainnya iaitu ia mestilah disertai dengan hati yang ikhlas kerana Allah dan dalam rangka memperoleh keredhaan-Nya.
Apabila keikhlasan sudah tertanam di dalam jiwa, meskipun pelaksanaannya kelihatan begitu berat dan memerlukan pengorbanan harta, tenaga, waktu, perasaan bahkan nyawa, seseorang muslim akan dengan sendirinya terasa ringan untuk melakukannya.
Sebaliknya, tanpa keikhlasan, bukan sahaja ibadah yang berat seperti tawaf yang memerlukan manusia bersesak-sesak, wuquf di dalam cuaca panas terik, melontar yang bakal dihujani pelbagai risiko dan sebagainya, malah ibadah yang ringan pun akan terasa berat untuk dilaksanakannya jika hati tidak disertai keikhlasan. Itulah sebabnya mengapa haji termasuk dalam konteks jihad dalam beribadah.
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

GAZA OH GAZA DENGAN KEZALIMAN YAHUDI

Yahudi laknatullah..
 
 
 
Sahabat2ku sekalian,
Sama2lah kita berdoa semoga saudara2 kita yang ditindas dan dizalimi olih orang2 kufur diberi kekuatan dan terus berjihad demi menegakkan Islam ini berjalan dimuka bumi Allah. Insya’Allah. Wallahu’alam
 
 
Allah shj yang merestui perjuangan ini…..
 
Selemah-lemah iman apabila hanya dapat benci kejahatan dan doakan kebaikan untuk saudara seislam. Teruskan boikot barangan USA dan jangan shopping kat Singapore.
 
Baca dan baca lagi utk renungan kita bersama...
---------------forwarded message----------------
Salam,


Semalam Razali Awang, pemberita TV3 yg pergi ke Gaza baru-baru ni, datang ke my company tu share his experience. Persatuan Islam Pekerja yg anjurkan. Razali ni tiap kali dia bercerita, mesti tersekat2 sebab dia kata dia tak dpt lupakan pengalaman yg dia akan kenang smpai mati. I ada things yg nak share yg buat I tak boleh tido mlm tadi: Mesir
Razali kata ni Firaun modern. Nama je Islam tapi dah very secular. Sanggup kencing di dinding2 masjid. Mesir sekat sempadan ..the only way ke Gaza . Makanan dan ubatan2 sume rosak kat sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Gaza and Mesir is 14 km long. Kalau lah tak de sekatan, rakyat Palestine takkan kebuluran...  "Mesir lebih rela bersempadan dgn Israel drp bersempadan dengan Hamas!" – Apa punya manusia ni, kata Razali Awang.
Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza . Razali btau rakyat Palestin yg dia interview, kat Malaysia tiap Jumaat kami bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestine … Berapa banyak checkpoint dia kena lalui kat Mesir…tapi dgn pertolongan Allah SWT lepas pulak..tapi perit nya..yg mintak rasuah…charge naik bas 500 meter is RM70!!!  Memang sekutu kuat Amerika and Israel . (Eee…tak ingin hantar anak gi Al Azhar..lebih baik hantar ke negara Islam lain..UIA pun dah bagus!!!)
Gaza ( Palestine )
Terbahagi kepada 2 – Hamas dan Fatah…Belah Fatah ada kasino! Kata wartawan dari Belgium dan Itali, the best strawberry in the world comes from Gaza !
Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila dengar yg ni). Razali kata rakyat Palestine sgt berpegang teguh kpd ajaran Islam dan mazhab Shafie.
 Org Palestine sgt baik dan friendly as compared to other Arabs esp yg kat Mesir tu.. Moyang Rasulullah SAW dikebumikan dia sini (lupa nama ..tapi dia mention Hashim….) Beautiful country, iklim Mediterranean .boleh kalahkan Los Angeles kalau tak kerana peperangan..
Hamas
Memang kalangan yg rela mati sebab mati syahid.  Rela mati anytime. Bila bersalam perpisahan dengan Razali dia org ucap "Kalau anda dtg lagi ke sini, adakah kita akan bertemu lagi"…like they know they can die anytime.
Tulang2 yg melekat kat dinding bangungan rosak, tak busuk walau dah berminggu! Mayat tak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel …punyalah jahat manusia, kubur pun nak bedil konon tempat simpan senjata.
Hamas ada 25,000 org...tak de senjata canggih tapi yg mati hanya 100 lebih je!! Hamas ni beroperasi di bawah tanah and they are everywhere. They operate in small groups.
Isteri kepada yg mati syahid, hanya ada satu misi, utk berperang dan mati syahid supaya dapat jumpa suami semula di syurga.. Bagi mereka, kanak2 yg mati berada di sisi Allah SWT. Menurut seorang ibu yg anak nya mati syahid, hari ni sorang mati, esok lahir lagi seorang bayi..

Israel
Memang pengecut sebab tak berani perang one to one ngan Hamas. Kat darat hanya duduk dlm kereta kebal. Pastu serang ngan bom pintar, bom fosforus dari jarak jauh. Dia org tau Hamas ada penembak tepat! So, depa takut nak turun dari kereta kebal.

Kereta kebal Israel musnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab tanaman ni makan masa bertahun nak tumbuh balik. Biar rakyat Palestine kebulur dan tak de sumber pendapatan. Semua resolusi PBB, satu pun Israel tak ikut!!! Ada back-up besar lah katakannn...
Rakyat Palestine

Sedih Razali tengok dia org rebus rumput sebab dah tak de makanan. Kanak2 tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri!
Di hospital, pembedahan, jahit kulit ke apa ke…terpaksa dibuat tanpa bius. Sebab ubat dah tak de. Razali kata tak tahan dia tengok budak2 menjerit2 kesakitan bila kepala di jahit!
Dia jugak pergi sendiri ke dewan bedah yg telah dibedil dgn bom fosforus ..sebelum serangan ada few doctors sedang bedah pesakit….Razali kata tak de apa yg tinggal ..semua dah jadi abu!!! Ada la nampak serpihan tulang sikit2 here and there…Fosforus ni dia hancurkan kulit dan tulang…Nauzubillah. Ada banyak lagi..but too long to write. Razali Awang memang volunteer nak pergi ke Gaza ...So, inilah yg diceritakan oleh beliau.
Satu lagi antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA is negara jiran kita ni ha...yg paling dekat...SINGAPURA! So Razali kata kalau kita shopping kat sana mcm kita sokong Israel .
So friends, kita terus doa dan berdoa utk keselamatan saudara Islam kita di mana jua mereka berada..
Wasalam.
 The bellow photos are not a Movie Shooting or Celebrating a festival with crackers... its a school in Gaza ..  this is the current situation of the innocent people in Gaza !

Make sure you read till last to know what is white phosphorus! and the effect!
 
( UNRWA SCHOOL IN BEIT LAHIA, GAZA , PALESTINE )

http://cache.daylife.com/imageserve/09rz5MwaJI43T/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/00PX7Jb5hqa0A/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/05YS5pWdu56nO/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/01jU2Jb4hsbnu/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/002CdzGb6122Q/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/03MYfZGaVCbgN/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/0153gFN3Lu68l/610x.jpg



http://cache.daylife.com/imageserve/0aN04NB3pRc61/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/08287YDb219OF/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/053RaGiaWBbjZ/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/08Tyf9H7utgan/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/0eBHcblchO31k/610x.jpg

http://cache.daylife..com/imageserve/01ZcgI98Vn8gX/340x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/00sogmBeUJb8x/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/06hw5Ky1i0bwr/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/019A7QR9XJced/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/01f4fbF8pF2WP/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/02AQ72R9Vv556/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/0dUxgSJefC3Se/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/048qcQCceg72n/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/00jXefb5zT3HF/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/06OD4pJebga4k/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/0b6D6RugLM9A0/340x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/0cFd1Wt28l4D2/340x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/0gG8f58abwbws/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/07fr3AmgSc4NV/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/0b3C8iF4P43Yo/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/02tg56100709G/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/0drQda19ej7tb/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/0baUcc84KmcXE/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/0c8P0rr59x8xq/340x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/03mgfJ71FObTi/610x.jpg
 PLEASE PASS THIS MAIL .. LET THE WORLD KNOW  
 

Friday, June 4, 2010

Setiap Amalan Bergantung Dengan Niat

AGAMA

Setiap Amalan Bergantung Dengan Niat
Hadith :
Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:“Sesungguhnya sah atau tidak sesuatu amalan itu, bergantung pada niat. Dan setiap sesuatu pekerjaan itu apa yang diniatkan. Maka sesiapa yang berhijrah semata mata taat kepada Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya itu diterima oleh Allah dan Rasulnya. Dan sesiapa yang berhijrah kerana keuntungan dunia yang dikejarnya, atau kerana perempuan yang akan dikahwini, maka hijrahnya itu terhenti pada apa yang ia niat hijrah kepadanya”.
Bukhari Muslim
Huraian:
Peranan niat adalah amat penting dalam kehidupan manusia, kerana niat menentukan segala galanya sama ada jujur atau tidak jujurnya, sama ada ikhlas atau tidak iklas seseorang itu atau sebagainya, semuanya bergantung dengan niat.
Ulama' kaum muslimin meletakkan niat itu sebagai rukun pertama dalam semua ibadat. Bahkan untuk membedakan antara ibadat dengan adat hanyalah dengan niat. Jika niatnya baik, baiklah amalannya dan begitulah seterusnya.
Sesuatu perbuatan adat jika diniatkan mengikut tuntunan dan keredaan Allah dan Rasulullah maka ia berubah menjadi ibadat dan mendapat pahala.
Penghijrahan manusia dari satu tempat kesatu tempat dari satu tugas kesuatu tugas. Dari satu hajat kesuatu hajat semuanya akan dilaksanakan mengikut apa yang diniatkan.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Monday, May 31, 2010

Kunci Kemurahan Rezeki

AGAMA

Kunci Kemurahan Rezeki
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Berilah (belanjalah) dan jangan kamu selalu menutupi kepunyaanmu, kerana dengan itu nanti Allah akan menutupi rezekimu.”
Riwayat Bukhari & Muslim
Huraian:
Pengajaran Hadis:
i) Allah yang mewujudkan sifat semulajadi dalam diri manusia iaitu sifat belas kasihan yang menggerakkan seseorang itu untuk bersedekah. Firman Allah S.W.T yang maksudnya "Bandingan (perbelanjaan/derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai: tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji benih. Dan (ingatlah) Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah amat luas (rahmat) kurnian-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.”(al-Baqarah:26)
ii) Syarat bersedekah adalah keikhlasan. Tidak kira wang ringgit atau sebagainya asalkan ia dapat memberi kesenangan terhadap orang yang memerlukannya kerana kesenangan (kekayaan) yang diberi oleh Allah kepada hamba-Nya merupakan satu perkongsian dan tanggungjawab terhadap sesama manusia di muka bumi ini.
iii) Sifat suka bersedekah lawannya adalah bakhil. Sifat bakhil dicetuskan oleh Allah kepada hamba-Nya yang lupa akan kewajipannya dan sangat cinta kepada harta kekayaannya.
iv) Oleh itu demi mencari keredhaan Allah kita hendaklah menggunakan waktu yang ada dengan beringat-ingat kepada yang susah dan memberi sedikit bantuan mengikut kemampuan. Sebenarnya di sebalik amalan bersedekah akan dapat mewujudkan perasaan kasih sayang sesama manusia dan sesungguhnya amalan yang baik akan dibalas baik oleh Allah S.W.T.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Wednesday, May 26, 2010

Pantang Menyerah Sebelum Ajal

AGAMA

Pantang Menyerah Sebelum Ajal
Hadith :
Dari Anas bin Malik r.a, nabi s.a.w bersabda:”Janganlah sekali-kali salah seorang daripada kamu mengharapkan kematian kerana suatu malapetaka yang menimpanya. Jika ia tidak dapat berbuat sesuatu (sudah puas berubat atau berikhtiar) maka hendaklah ia berdoa:”Wahai Tuhanku, hidupkanlah aku seandainya kehidupan itu lebih baik bagiku, tetapi matikanlah aku seandainya kematian itu lebih baik bagiku.”
(Bukhari)
Huraian:
Sebagaimana maklum Islam menyuruh umatnya agar berusaha dan berikhtiar dalam apa jua perkara dan kesulitan yang dialami di samping berdoa memohon petunjuk dan pertolongan daripada Allah SWT.
Hal ini kerana kehidupan itu adalah suatu ujian daripada Allah yang diberikan kepada setiap manusia demi menguji sejauhmanakah keteguhan iman seseorang itu dan setakat manakah pergantungannya terhadap Allah.
Orang-orang yang beriman akan sentiasa bersabar dan tabah dalam dugaan ini dan sebaliknya pula bagi orang yang kurang imannya di mana hal yang demikian boleh memungkinkan seseorang itu menyalahkan takdir Allah hingga diri tersesat jauh dari jalan-Nya.
Oleh itu hendaklah kita sentiasa beringat bahawa setiap kesakitan yang dialami itu adalah suatu tanda kasih sayang Allah kepada hamba-hamba-Nya di mana jika seseorang itu berjaya mengatasinya iaitu ia tidak mengeluh dan sentiasa bersabar sambil berusaha dan berikhtiar, Allah akan memberinya ganjaran pahala yang amat besar.
Bukankan setiap penyakit itu ada ubatnya. Maka kita selaku hamba-Nya mesti yakin akan kebesaran kuasa Allah dan janji Allah serta tidak berputus asa. Hidup adalah suatu perjuangan. Bak kata pahlawan Melayu ’Pantang menyerah sebelum ajal!’.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Monday, May 24, 2010

Masjid tertua Niujie popular


Masjid yung An He yang mengekalkan tradisi seni bina masyarakat China.



Di Beijing, dengan 18 juta penduduk, pelancong Muslim tidak sukar untuk mencari restoran dan makanan halal. Dianggarkan lebih 50 restoran halal boleh didapati di bandar raya ini yang menghidangkan pelbagai jenis makanan menarik.
Kebanyakannya sayur-sayuran. Menu utama adalah telur dadar dan sesekali menjamah ikan dan daging. Sudah tentu teh Cina adalah satu minuman 'wajib'.
Tempat sembahyang untuk pelancong Muslim turut disediakan di restoran-restoran besar yang terdapat di sekitar Beijing.
Masjid Niujie, sebuah masjid tertua dan terindah di kota itu untuk bersolat. Ia terletak di Jalan Niujie iaitu sebuah lokasi yang menempatkan ramai penduduk Muslim. Terdapat lebih 20,000 orang Muslim di sekitar kawasan itu. Bagi memudahkan orang Muslim di sini, turut disediakan sebuah pasar raya khas (Pasar Raya Niujie) menjual barangan dan makanan halal.
Masjid yang dikunjungi itu dinamakan Niujie bermakna "Jalan Lembu". Di China terdapat 56 suku etnik. Suku kaum Hui yang mewakili 20 peratus penduduk di sini beragama Islam.
Di negara itu, suku kaum itu kebanyakannya berada di Xinjiang iaitu sebuah wilayah yang terletak di Barat Laut China.
Raut wajah mereka agak tampan bagi lelaki, berhidung mancung seakan-akan orang Arab dan berkulit putih kemerah-merahan.
Di Beijing, kebanyakan mereka yang berhijrah ke sini akan bekerja makan gaji di pejabat, menjadi pemandu dan ada antara mereka yang berniaga.
Masjid Niujie amat popular di kalangan pelancong dalam dan luar negara. Bangunan tua ini dibina pada tahun 996 sebelum masihi pada Dinasti Liao oleh cendekiawan Arab.
Pada tahun 1474 Dinasti Ming telah menganugerahkan panggilan libaisi atau masjid kepada institusi itu.
Pada ketika ini imam yang mengendalikan Masjid Niujie ialah Haji Ali.
Institusi hebat ini telah diperbesar dan diperbaharui semula ketika Dinasti Yuan, Ming dan Qing dengan ciptaan bingkai reka bentuk yang diperbaiki.
Bangunannya merupakan gabungan reka bentuk istana China gaya klasik dan seni bina Arab.
Masjid ini sebenarnya berkait rapat sebahagian daripada sejarah Cina. Di sini juga bersemadinya beberapa cendekiawan Arab ulung di Makam Shaihai, yang pada masa dahulu datang ke kota itu untuk menyebarkan syariat Islam pada awal tahun Dinasti Yuan.
Ciri-ciri penguasaan Arab kelihatan pada kekuatan tulisan di makam-makam yang menunjukkan satu waktu dahulu ialah tempat berkembang seni budaya Arab. Malah dikatakan artifak seperti itu amat jarang dijumpai di China.
Ada juga penemuan sejarah yang yang jarang ditemui di sini termasuklah mercu tanda perluasan kuasa raja-raja dari 33 tahun pemerintahan Maharaja Kangxi (1694), selain porselin tua Dinasti Ming.
Dalam pada itu khazanah Islam yang paling terpelihara selama 300 tahun iaitu al-Quran yang bertulis tangan dan beberapa bekas dupa serta bahagian kapal layar yang diperbuat daripada tembaga.
Menurut pembantu imam yang dikenali sebagai Haji Ibrahim, masjid tersebut telah diubah suai dan diperbaiki pada tahun 1979.
"Pada 13 Januari 1988, kerajaan China telah mengisytiharkan masjid ini sebagai salah satu unit utama kepada khazanah sejarah kebangsaan," tambahnya.
Kata Ibrahim, masjid itu berkeluasan 6,000 meter persegi dan terbahagi kepada beberapa ruang. Ini termasuklah dewan solat, menara, dewan kuliah, astaka dan kamar-kamar khas. Masjid ini mengunjur ke barat menghadap Mekah.
Pada hari ini, ia terus menerima kedatangan para jemaah tempatan pada setiap waktu sembahyang. Ahli jemaah pasti bertambah ketika hari cuti apabila dikunjungi oleh tetamu dari luar negara yang bercuti ke negara itu. Turut dibina ialah sebuah kedai menjual barangan seperti kopiah dan minyak wangi untuk dibawa pulang sebagai cenderamata.
Sebuah lagi masjid yang sempat dijengah adalah Masjid Yung An He yang dibina pada zaman Dinasti Ming berusia lebih 300 tahun.
Pada tahun 2005 masjid itu berpindah ke tapak sekarang kerana tapak yang asal di Jalan Shan Shan terbabit dengan pembinaan jajaran tengah lebuh raya kota Beijing. Kos untuk pemindahan ditanggung sepenuhnya oleh pihak pemerintah.
Berukuran 1,200 meter persegi, ia terletak agak pinggir bandar di sebuah jalan terpencil di An He (tanduk lembu).
Menurut pembantu imam masjid berkenaan, Suleiman atau nama Chinanya, Pai Cheng Ren, 68, kira-kira 150 orang muslim akan memenuhi masjid berkenaan setiap kali solat Jumaat. Jemaah akan meningkat menjelang bulan Ramadan ketika mengerjakan solat tarawih dan berbuka puasa.
Namun kini, orang Islam di kawasan itu sudah semakin ramai berpindah ke tempat lain.
Biarpun dipindah dari tapak asalnya, namun keaslian seni bina masjid itu tetap dijaga. Keindahan seni bina warisan China tetap terpancar utuh dengan menara tinggi menggantikan kubah menunjukkan bahawa bangunan itu adalah sebuah masjid.
Turut dipindahkan bersama adalah beberapa barangan lama dari Dinasti Ming seperti tembikar, pasu besar, kerusi kayu dan kraf tangan dalam bahasa Arab.
Masjid seterusnya adalah Nan Du Ya yang berkeluasan 2,000 meter persegi. Terletak di tengah kawasan He Pei dan agak terlindung kerana dilitupi bangunan di kiri kanannya.
Seni binanya agak moden tapi masih mengekalkan ciri-ciri ukiran China.
Imam yang bertanggungjawab di sini ialah Ibrahim atau nama Chinanya Gao Rong Xi, 72, yang memberitahu terdapat kira-kira 3,000 muslim di persekitaran masjid berkenaan. Bilalnya pula ialah Muhammad yang berusia 56 tahun.
Ruang solat wanita agak terpisah daripada dewan solat lelaki. Terdapat ruangan dalam masjid itu yang dijadikan kelas-kelas pengajian agama dan satu lagi ruang dijadikan sebagai pusat jualan cenderamata dan barangan makanan halal.

Anak adalah amanah

Anak adalah amanah

Utusan Online Agama 21 Mei 2010


Anak adalah amanah Allah kepada ibu bapa yang perlu dididik supaya menjadi insan yang berguna. - Gambar hiasan


Sesungguhnya anak yang dikurniakan Allah kepada suami isteri adalah suatu amanah dari Allah SWT. Anak bukanlah hak kita. Ia adalah hak Tuhan. Tuhan yang memberikannya kepada kita.
Sekiranya anak itu hak kita, tentulah apabila kita berkahwin kita akan terus mendapat anak seperti mana yang kita kehendaki.
Ada pasangan yang 10 tahun kahwin tetapi tidak juga mendapat anak. Ini kerana ia tidak mendapat keizinan dari-pada Allah. Sebaliknya, ada orang yang baru enam bulan saja kahwin tetapi sudah mendapat anak.
Sedar akan hakikat bahawa anak yang dianugerahkan kepada ibu dan bapa itu adalah satu amanah daripada Allah. Maka menjadi tanggungjawab setiap ibu bapa menjaga amanah Allah itu dengan sebaik-baiknya.
Sebagaimana anak wajib berbakti kepada ibu bapanya, ibu bapa juga bertanggungjawab memenuhi segala yang menjadi hak anaknya.
Anak yang tidak melaksanakan tanggungjawab terhadap ibu bapa dianggap sebagai anak derhaka. Ibu bapa yang tidak melaksanakan tanggungjawab terhadap anaknya juga boleh dianggap sebagai derhaka. Tetapi orang tidak biasa menyebutnya derhaka. Mungkin istilah yang lebih tepat adalah berlaku zalim.
Meneliti kisah yang berlaku pada zaman Umar al-Khattab menjadi khalifah boleh membuktikan adanya penderhakaan ibu bapa terhadap anaknya.
Suatu hari seorang lelaki datang berjumpa Saidina Umar mengadu perihal anaknya yang didakwanya derhaka kepadanya. Umar memanggil anak yang di-katakan derhaka itu. Khalifah mengadili anak itu secara berhadapan dengan ayahnya.
Dalam majlis pengadilan itu, si anak meminta khalifah menyatakan hak anak terhadap ayahnya. Khalifah Umar menyatakan bahawa: "Antara hak-hak anak terhadap ayahnya adalah ayah hendaklah mencari isteri yang baik untuk menjadi ibu kepada anak-anaknya yang bakal lahir ke dunia.
"Setelah anak itu lahir, hendaklah si ayah memberikan nama kepadanya dengan nama yang baik. Dan setelah anak itu besar, hendaklah diajar membaca al-Quran".
Mendengar yang demikian, si anak lantas berkata: "Wahai Amirul Mukminin! Itu semua tidak ada yang dia laksanakan. Ibuku dicarinya dari orang Majusi. Namaku dibuatkan Jaklan dan aku tidak diajarnya membaca al-Quran".
Khalifah Omar melihat ke arah lelaki yang membuat aduan sambil berkata kepadanya: "Apakah engkau datang ke sini untuk mengadu kelakuan anakmu? Ternyata engkau telah derhaka kepadanya sebelum dia derhaka kepada-mu. Engkau telah berbuat jahat kepadanya sebelum dia berbuat jahat kepadamu".
Begitulah besarnya tanggungjawab ibu bapa terhadap anaknya. Sebelum anak itu lahir lagi, kita sudah mempunyai tanggungjawab terhadapnya.
Kita mesti mencari ibu yang baik baginya. Kita mesti mencari wanita yang sihat, sempurna dan cantik. Lebih penting lagi, kita mesti mencari wanita yang solehah dan keturunan yang baik.
Ketika anak berada dalam kandungan, kita wajib menjaganya dengan baik. Si ibu mesti memakan makanan yang baik lagi halal.
Jika ibunya memakan benda-benda haram, ia akan menjadi darah daging bagi si anak dan akan mempengaruhi jiwanya setelah dewasa nanti.
Apabila anak lahir, dia berhak untuk diazan, ditahnik, diberi nama yang baik, dicukur rambutnya dan dibuat akikah.
Setelah anak itu nampak sudah faham akan sesuatu, dia mesti diajar mengaji, ditanam kepadanya masalah akidah, diajar masalah halal haram, mengerjakan solat dan sebagainya.
Dengan kata lain, ibu bapa bukan saja diwajibkan memberi makan, minum, pakaian dan tempat tinggal kepada anak-anaknya. Malah lebih dari itu ibu bapa wajib mendidik dan memberi pelajaran agar mereka membesar dan menjadi orang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Sabda Rasulullah bermaksud: Setiap anak yang di-lahirkan adalah dalam keadaan bersih melainkan dua orang tua-nyalah yang bertanggungjawab mencorakkannya menjadikan Yahudi atau Nasrani atau Majusi. (riwayat Muslim dan Baihaqi)
Daripada hadis di atas kita dapati peranan ayah dan ibu adalah amat besar untuk melahirkan anak-anak berperibadi dan berakhlak mulia. Anak-anak berada di sekolah kira-kira tujuh jam sahaja sehari.
Dalam masa tersebut anak-anak berada di bawah pengawasan guru. Baki 17 jam lagi dalam hari tersebut, anak-anak berada di bawah penjagaan ibu bapa masing-masing.
Sesungguhnya, anak yang masih kecil mudah dibentuk sesuka hati seperti halnya dengan tepung. Seorang tukang kuih yang sedang memegang tepung, sanggup membentuk tepung itu sesuai dengan kehendaknya.
Begitu jugalah keadaan anak yang masih kecil. Dia masih mudah dibentuk, sama ada untuk dijadikan orang baik atau orang jahat.
Dalam memperkatakan tentang pemberian pelajaran kepada anak-anak, satu perkara yang amat mendukacitakan kita ialah sikap dan tanggungjawab ibu bapa serta bentuk pendidikan yang diberikan kepada anak-anak.
Tidak dapat dinafikan bahawa pada masa ini kesedaran ibu bapa terhadap kemajuan persekolahan anak-anak memang amat ketara sekali.
Mereka rela membayar yuran persekolahan anak-anak hingga berpuluh-puluh ringgit untuk menjamin kejayaan masa depannya.
Bagaimana pula halnya kalau kita bertanya tentang kemajuan pendidikan rohani khususnya kemampuan anak-anak untuk membaca al-Quran dan menulis tulisan jawi.
Jawapannya adalah amat mengecewakan. Boleh dikatakan majoriti belia kini tidak tahu membaca jawi. Jika boleh pun bacaan mereka merangkak-rangkak.
Para ibu bapa tidak sedikit pun merasa runsing dan bimbang dengan anak-anak mereka yang tidak boleh membaca jawi dan tidak tahu membaca al-Quran. Sumbangan ibu bapa terhadap perkembangan rohani anak-anak mereka adalah begitu rendah sekali.
Hati mereka merasa begitu berat untuk memberi sumbangan atau hadiah kepada tok-tok guru yang mengajar al-Quran anak-anak mereka.
Namun, mereka tidak memprotes atau bersungut tentang kadar yuran tuisyen anak-anak yang begitu tinggi.
Melihat kepada keadaan ini, satu persoalan boleh diketengahkan. Apakah sikap ibu bapa sebegini boleh dianggap sebagai ibu bapa yang amanah dan bertanggungjawab terhadap anak-anak yang dianugerahkan Allah itu?
Sedarkah para ibu bapa bahawa pendidikan sekular sedikit sekali dapat membantu dan menjamin hidup yang bahagia kepada anak-anak mereka di akhirat kelak.
Sesungguhnya anak yang baik akan membawa manfaat kepada ibu bapanya. Dia akan meneruskan perjuangan ibu bapanya dan menolong mereka sesudah tua.
Setelah ibu bapa meninggal dunia, anak itu akan mendoakannya dan meminta ampunkan dosanya.
Menyedari hakikat bahawa sifat amanah adalah semulia-mulia sifat di sisi Allah SWT, maka menganggap barang amanah dengan sambil lewa dan cuai dikira sebagai satu perbuatan mencuri. Hukumannya adalah berdosa besar.
Oleh itu awasilah anak dengan sebaik mungkin kerana anak adalah amanah Allah.