Tuesday, October 12, 2010

Pertempuran Perang Uhud

Kisah Pertempuran Perang Uhud Tinggalkan Kesan Di Hati Jemaah

MADINAH: Peristiwa pertempuran hebat antara 700 pejuang Islam dan 3,000 tentera Musyrikin Mekah pada tahun ketiga Hijrah di Bukit Uhud di sini meninggalkan kesan amat mendalam dalam hati sanubari jemaah haji Malaysia yang menziarah medan pertempuran itu.
Seramai 70 sahabat Nabi Muhammad S.A.W. syahid dalam peperangan ini antaranya bapa saudara baginda Saidina Hamzah Abdul Mutalib, ketua pemanah Abdullah Ibn Jasi dan pembawa panji tentera Islam, Musah Ibn Umair.
Rasulullah sendiri mengalami kecederaan dan terpaksa mencari perlindungan bersama keempat-empat sahabat baginda di gua Uhud akibat serangan hebat tentera Musyrikin. Peperangan itu dimenangi tentera Islam.
Jemaah yang mendengar penerangan mengenai pertempuran bersejarah itu oleh muzawir (pemandu pelancong) yang disediakan bahagian Bimbingan, Ibadat dan Ziarah Tabung Haji (TH) menjadi terharu dan pilu.
Malah seorang guru dari Kota Baharu, Kelantan, Rohana Ahmad, 48, mengalirkan air mata semasa ditanya perasaannya mengenai kesukaran yang ditempuh Rasulullah dalam menyampaikan syiar Islam.
Suaminya, Zulkifli Mamat, 50, tidak mampu meluahkan perasaan beliau dan membiarkan Rohana bercakap.
"Pengorbanan umat Islam dahulu menginsafkan saya. Hasilnya, Islam hari ini berkembang ke seluruh pelusuk dunia," kata Rohana semasa ditemui pasukan media Tabung Haji yang membuat liputan haji tahun ini semasa melakukan ziarah luar di Bukit Uhud, 3 km dari arah utara Madinah, pada Selasa.
Program ziarah sunat di sekitar Madinah diatur bahagian tersebut, disertai lebih 1,000 jemaah yang tiba dengan penerbangan KT1, KT2 dan KT3.
Pengurus bahagian tersebut, Mohd Razali Zakaria berkata perkhidmatan tambahan TH itu dibantu 123 muzawir terdiri daripada pelajar Malaysia yang berlajar di universiti di Madinah.
Beliau bekata banjir besar yang melanda kawasan itu pada 1940 menyebabkan mayat para shuhada tersebut timbul dan kerajaan Arab Saudi mengebumikannya semula.
Tempat lain yang diziarah ialah Masjid Qu'ba, masjid pertama didirikan Nabi Muhammad di Madinah pada tahun pertama Hijrah di Kampung Ibnu Amru Auf, 3 km di selatan Madinah.
Menurut beliau ganjaran mengerjakan solat di Masjid Qu'ba sama seperti sekali mengerjakan umrah.
Tempat lain yang diziarah ialah Masjid Qiblatain (masjid dua kiblat), Masjid Tujuh dan Mazra' (ladang tamar). - BERNAMA

Saturday, October 9, 2010

Kelebihan Solat

Kelebihan Solat 
mStar
ORANG yang memberi penuh perhatian pada solatnya, insya-Allah akan mudah menjaga suruhan agama yang lain.
Amat rugi bagi seseorang yang bersolat tetapi tidak pula mengeluarkan zakat mengikut syarat-syarat tertentu.
Seorang pemimpin yang sombong lagi zalim tidak akan mendapat pahala di dalam ibadatnya terutama solat.
Orang yang sering berbuat maksiat tetapi tidak mahu bertaubat, sesungguhnya semua amalannya tidak akan diterima Tuhan.
Falsafah solat adalah suatu lambang kepada pengabdian seorang hamba kepada Tuhannya malah orang yang bersolat itu juga bermunajat.
Bukti dan dalil seseorang hamba Allah itu beriman adalah mereka yang memakmurkan masjid, mendirikan solat, mengeluarkan zakat dan takut hanya kepada Allah.

Sayangi ibu, bapa, mentua sama rata

Sayangi ibu, bapa, mentua sama rata
JIKA Allah menurunkan hidayah, segeralah bertaubat tetapi apa caranya jika orang tua sudah meninggal dunia sedangkan ketika hidupnya kita pernah menderhaka kepada mereka?
Maka ziarahilah pusara ibu bapa dan bacakan ayat suci untuknya. 
Jumpa kembali kawan baik ibu bapa atau jiran yang masih ada dan berbuat baik kepada mereka. Sedekahkan kepada masjid atas nama ibu bapa. Walaupun ibu bapa sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga mereka berdua reda dan Allah mengampunkan dosa. 
Allah Maha Pengampun dan luas rahmat-Nya tetapi jangan pula mengambil kesempatan untuk berbuat jahat, kemudian baru hendak bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala akan diterima. 
Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Contohnya, tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, tetapi cuba selidiki kesalahan yang kita lakukan hari ini. 
Pertama, bagaimana hubungan kita dengan Allah? Jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan kita dengan ibu bapa? Pastikan hubungan kita dengan ibu bapa sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalin hubungan baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita. Lazimnya dalam hubungan ini, ibu yang dilebihkan sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak. 
Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, Rasulullah meminta ibu didahulukan. Tiga kali ibu memanggil, barulah sekali kepada bapa. Bagaimanapun, sebaik-baiknya kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. 
Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya, golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak mengambil kira kata-kata mereka, kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua. 
Mentua juga mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Jika mereka berkecil hati, samalah seperti tersinggung hati ibu bapa kita. Kita sayang anaknya, jadi mengapa tidak turut menyayangi orang yang melahirkannya? Saya tahu, ada menantu berkecil hati dan memendam rasa terhadap mentua yang terlalu mengambil berat terhadap anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung. 
Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua kepada Rasul dan ketiga kepada ibu dan ibu mentua manakala keempat bapa dan bapa mentua. Kelima barulah isteri. Jadi, isteri kena faham jika suami sayang dan melebihkan ibu bapa kerana itu memang wajar. Sebaliknya, anak perempuan, yang pertama Allah, kedua Rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak selain Allah adalah ibu bapanya. 
Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah. Isterinya pun tidak mengenali mentuanya. Menantunya berkasar, menyebabkan Nabi Ibrahim berkecil hati tetapi sebelum pulang, Nabi Ibrahim berpesan kepada menantunya itu, meminta suaminya menukar alang rumah kepada yang baru. Apabila Nabi Ismail pulang ke rumah, isterinya menggambarkan rupa lelaki berkenaan yang menyampaikan pesanan. Nabi Ismail sedar, itu adalah bapanya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbolik kata-kata bapanya bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Kemudian Nabi Ismail berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa baginda. Nabi Ibrahim tertarik dan sebelum pulang, baginda berpesan lagi, dengan mengatakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain. 

Friday, September 24, 2010

Masjid tiba di Artik



2010/09/25 
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
OTTAWA: Sebuah masjid pasang siap tiba di kawasan Artik di utara Kanada selepas perjalanan meredah daratan dan laut sejauh 4,000 kilometer, semalam.
Ia dibawa khas ke Inuvik sebagai memenuhi keperluan populasi Muslim yang semakin berkembang di wilayah utara Kanada itu.
“Seluruh masyarakat Islam yang terdiri daripada 80 orang termasuklah lelaki, wanita dan kanak-kanak di Inuvik pergi ke pelabuhan untuk melihat masjid itu sebaik ia tiba,” kata ketua projek masjid berkenaan, Hussain Guisti. “Buat pertama kali tiada pemandu teksi di seluruh bandar Inuvik,” ujar Hussain. Semua pemandu teksi di Inuvik adalah umat Islam.

Bilangan umat Islam di Inuvik, bandar yang dihuni 4,000 penduduk di barat-laut Kanada meningkat kepada 80 orang sejak beberapa tahun lalu. Jumlah yang semakin berkembang itu tidak dapat memuatkan karavan seluas 10 X 23 kaki yang digunakan sebagai pusat ibadah masyarakat Islam di situ.

Masyarakat Islam di Inuvik tidak mampu untuk membina sebuah masjid di bandar itu berikutan kos pembinaan yang tinggi berbanding wilayah di selatan Kanada, kata penyelaras projek, Ahmad Alkhalaf. Bagaimanapun, mereka menemukan sebuah syarikat pembekal bangunan pasang siap di Manitoba yang boleh menghantar bangunan masjid ke Inuvik dengan separuh kos yang diperlukan untuk pembinaan masjid. Menurut Ahmad, sebuah badan kebajikan Islam di Manitoba, Yayasan Zubaidah Tallab di Thompson menawarkan untuk membayar kos masjid pasang siap seluas 140 meter persegi itu. Masjid pasang siap berwarna kuning itu memulakan perjalanannya ke Inuvik melalui ladang rumput dan hutan di barat Kanada dan merentasi Tasik Great Slave sebelum dibawa dengan tongkang menyusuri Sungai McKenzie ke Inuvik iaitu kira-kira 200 kilometer di utara Artik.

Bangunan itu dijangka siap sepenuhnya untuk kegunaan masyarakat Islam Inuvik yang kebanyakannya terdiri daripada imigran dari Sudan, Lubnan dan Mesir pada 5 November ini. Masjid itu juga akan berfungsi sebagai pusat komuniti Islam di bandar Inuvik. - AFP

Tatarstan to mark Islam Acceptance Day

 
Sep 23, 2010 21:14 Moscow Time
A Palestinian boy reads the Quran in the al-Omari mosque during the Islamic holy month of Ramadan in Gaza City on 24 August 2010. Photo: EPA
The republic of Tatarstan (the Volga region), one of Russia's muslim-populated regions, will be marking Islam Acceptance Day on May 21.

On this day in 922 the Volga Bulgaria, a historic predecessor of Tatarstan, accepted Islam as its state religion.