Islam ajaran mudah, tak beban ummah
2010/12/22
DARIPADA Aisyah, katanya Rasulullah SAW tidak pernah memilih antara dua perkara melainkan Baginda akan memilih yang paling mudah antara keduanya selagi perkara itu tidak mendatangkan dosa. Jika mendatangkan dosa, Baginda adalah orang pertama menjauhinya. Rasulullah SAW juga tidak pernah menuntut sesuatu perkara untuk kepentingan dirinya melainkan dilakukan untuk kesucian agama Allah, maka pembelaan yang dilakukan olehnya adalah semata-mata kerana Allah Taala.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia