Al-Quran sebagai kitab suci umat Islam menjadi magnet luar biasa bagi umat agama lain. Ia menyimpan pengetahuan dan keistimewaan yang melebihi kitab lainnya. Namun ternyata kaum muslimin belum sepenuh mencintai kitabnya dengan memperlakukannya sesuai haknya.
Kini adalah saatnya mengetuk pintu hati kita berkali-kali. Dan bertanya di dalam hati, sudah seserius manakah kita mendekatkan diri dengan al-Quran. Apakah selama ini kita memang benar-benar mencintainya, atau ia hanya perkataan di bibir saja.
Buku ini diharapkan menjadi motivasi yang bagus buat remaja kita agar mengenal al-Quran. Sehingga mereka mahu untuk menjadikannya teladan dan petunjuk hidupnya. Al-Quran bagus untuk remaja. Al-Quran akrab dengan remaja.
Buku ini adalah terbitan terbaru dari Kemilau Publika Sdn Bhd. Jika anda ingin memilikinya sila hubungi 03-61573314/emel: sales@kemilau.com.my atau dapatkan di kedai-kedai buku rangkaian MPH, Popular dan kedai buku berhampiran anda. Layari www.kemilau.com.my
BUKU SEBELUM INI
Buku Kusaksikan keajaiban Tanah Suci oleh Roslan Hamid adalah catatan pribadi penulis ketika beliau ke Tanah Suci. Panggilan ke Tanah Suci begitu menusuk hati. Hanya mereka yang sudah pergi dapat merasakan kenikmatannya. Demikian juga gamitan dan kerinduan untuk datang lagi.
Ketahui dan nikmati kelazatan dari surah Yasin! Berapa ramai antara kita yang berjaya menghafal surah Yasin? Namun, berapa ramai pula yang tahu dengan mendalam maksud dalam surah Yasin? Buku kecil bertajuk ‘The power of surah Yasin’ boleh membantu anda dalam memahami isi yang terkandung dalam surah Yasin.
Buku bertajuk ‘Ya Allah, Aku Jatuh Cinta’ ini memberi bacaan alternatif kepada para remaja tentang perbahasan yang paling disukai manusia, iaitu cinta agar cinta tidak disalahfaham menjadi medan menebar pesona dan membuat dosa. Semoga para remaja mampu melihat cinta secara lebih bermatlamat serta tidak tersilap langkah dalam menilai erti cinta.
|
No comments:
Post a Comment