UBI keledek yang ditanam secara meluas di negara ini boleh hidup subur dalam julat suhu 27 hingga 30 darjah Celsius dan kawasan dengan taburan hujan melebihi 100 sentimeter setahun. Ia juga sesuai di tanam di kawasan tanah lom berpasir dan tidak bertakung air dengan pH tanah yang sesuai adalah 4.5 hinga 7.0
Penanaman
Ubi keledek boleh hidup di pelbagai jenis tanah termasuk tanah yang kurang subur dengan pembajaan yang sesuai.
Saliran perlu untuk mengelak air bertakung dengan membina parit.
Tanah perlu dibajak dengan bajak piring untuk membalik- balikkan tanah untuk menghapuskan rumpai dan menambah bahan organik.
Ia diikuti dengan bajak putar untuk menghancurkan tanah untuk mendapatkan tekstur yang gembur.
Batas perlu untuk tanaman ubi keledek dengan ketinggian 30 hingga 40 sentimeter (sm) dan lebar 60 sm.
Bahan dan jarak tanaman
Ubi keledek ditanam menggunakan keratan batang dan pucuk dari pokok yang sedang menjalar.
Panjang keratan lebih kurang 30 sm yang mana keratan dicucuk ke dalam tanah dan tinggalkan sebahagian pucuk di permukaan tanah.
Jarak antara pokok adalah 25 sm bergantung kepada jenis tanah dan varieti ubi keledek.
Pembajaan
Bagi tanah yang berasid, pengapuran perlu untuk menaikan pH.
Kadar pembajaan yang biasa adalah 70N:86P2O5:173K2O kg/ha bergantung kepada kesuburan tanah, jarak tanaman dan keadaan tanah.
Baja diberi selepas tiga atau empat minggu ubi keledek ditanam.
Pengawalan rumpai
Merumpai dijalankan semasa pokok membesar iaitu tiga minggu selepas ditanam dan sekali lagi mengikut keperluan.
Kawalan rumpai boleh secara manual atau menggunakan racun rumpai.
Kawalan perosak dan penyakit
l Musuh ubi keledek adalah seperti tikus, siput dan lain-lain.
l Serangga yang biasa menyerang adalah kumbang Cylas formicarius yang mana larvanya akan menyerang pangkal pokok dan kumbang dewasa akan duduk melekat pada daun, akar dan batang.
l Penyakit akar hitam atau reput pangkalaysia Online - Agrobiz
No comments:
Post a Comment