Saturday, February 13, 2010

JANGAN SAMBUT HARI VALENTINE

Semalam ketika berkutbah Jumaat, Imam di Masjid Klang Gate memberi peringatan kepada para jemaah untuk mengingatkan keluarga terutama anak muda agar jangan menyambut Hari Valentine.

Dalam Islam, kita hanya menyambut dua hari kebesaran iaitu Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Korban lain lain sambutan saperti Maal Hajrah, Maulidah Rasul, Nujul Quran adalah hari yang bersejarah dalam Islam dan di lalui dengan acara yang sederhana.

Tapi mengapa Hari Valentine kini lebeh terkenal dengan Hari Kekasih di raikan oleh umat Islam ? Tengok media utama dan eletronik membanggakan dan membesarkan hari tersebut. Mana dia peranan orang ketua Islam yang mengeketuai media tersebut ?

Ini yang telah di khutbahkan dan di hayati oleh saya dan di harapkan peringatan ini di panjangkan saperti saya lakukan melalui blog ini. Wassalam.

No comments:

Post a Comment