SELASIH HIJAU (GREEN BASIL)
Selasih hijau atau Ocimum basilicum Linn. juga mudah dijumpai di Malaysia. Selasih hijau biasa diguna untuk mengubati batuk, gangguan haid, sakit gigi, tekak gatal, gigitan serangga dan kurap.
Sifu dan jiran ada tanam Selasih Hijau dan mengunakan nya ketika batuk dan sakit tekak dengan mengguyahkan pucuk hingga lumat dan menelan air nya. Selasih juga digunakan ketika minum bersama teh dan rasa amat selesa iaitu sejuk berrasa mint. Mudah dan senang hidup untuk ditanam dari anak pokok.
SERAI (LEMON GRASS)
Serai atau Cymbopogon citratus ialah sesuatu pokok yang digemari ramai dan biasa ditanam di rumah. Kegunaan utamanya ialah sebagai rumpah pada masakan kari dan juga sebagai ramuan penambah rasa. Daunnya diguna untuk membuat Teh Serai. Kegunaan perubatannya adalah untuk merawati sakit kepala, sakit perut, penghalang gigitan nyamok dan sebagainya.
Wednesday, February 17, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment