Makan di premis halal sahaja
KANGAR - Para pengguna terutama muslim kini perlu bertindak lebih agresif dengan hanya memilih premis yang memiliki sijil halal untuk dikunjungi bagi memberi pengajaran kepada pengusaha yang liat memohon sijil tersebut.Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman berkata, tindakan tersebut sebenarnya akan memberi tekanan kepada pengusaha degil.
"Ini kerana ketika ini pengusaha tidak nampak keuntungan atau kelebihan sijil halal kerana mereka merasakan orang ramai tetap akan makan di premis mereka tanpa sijil itu ekoran tiada tekanan.
"Oleh itu, sebagai pengguna kita perlu memainkan peranan kita dengan bertindak mendidik pengusaha yang liat ini sempena kempen 1Malaysia 1Halal yang sedang berlangsung," katanya ketika dihubungi.
Petikan: Kosmo 21 Mei 2010
Ini adakah satu petikan yang seharus nya di baca oleh semua orang Islam. Kita bukan sekadar membincangkan tentang sijil halal sahaja tapi lihat dengan mata sendiri siapa yang menyediakan makanan tersebut.
- Dua hari lalu waktu makan tengah hari di gerai Makan Kompleks Kerajaan Jalan Duta, Gerai 11 menjual buah potong oleh bukan Islam, pembeli nya dari kiraan kasar 32 orang, 30 orang wanita Melayu bertudung, mengapa ?? Silap nya tiada orang Melayu yang jual buah di tempat tersebut. Ini kerap berlaku kerana penjual buah di Chow Kit, di kebanyakan pusat bandar oleh bukan Islam. Mereka ini tidak miliki sijil tapi....
- Di sebuah warung Nasi Ayam Hainan di Pusat Gerai Taman melawati. penjual, bukan Islam, tapi pekerja sumua bertudung dari saberang, halal ?? (tiada sijil) pembeli 90 % Melayu Mengapa ??
- Di Gerai DBKL Hospital tanglin, penjual air dan roti bakar agak popular, penjual suami isteri menitih peluh, bukan Islam tapi pelangan 90% Melayu ??
- Di tempat sama penjual mee, di isi mangkok dengan tangan, pemilik penjual bukan Islam, pembeli 90% Melayu ??
- Di Gerai TPCA, pemjual mee, bukan Islam, pembeli 90% Melayu ??/
No comments:
Post a Comment