Friday, September 24, 2010

Masjid tiba di Artik



2010/09/25 
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
OTTAWA: Sebuah masjid pasang siap tiba di kawasan Artik di utara Kanada selepas perjalanan meredah daratan dan laut sejauh 4,000 kilometer, semalam.
Ia dibawa khas ke Inuvik sebagai memenuhi keperluan populasi Muslim yang semakin berkembang di wilayah utara Kanada itu.
“Seluruh masyarakat Islam yang terdiri daripada 80 orang termasuklah lelaki, wanita dan kanak-kanak di Inuvik pergi ke pelabuhan untuk melihat masjid itu sebaik ia tiba,” kata ketua projek masjid berkenaan, Hussain Guisti. “Buat pertama kali tiada pemandu teksi di seluruh bandar Inuvik,” ujar Hussain. Semua pemandu teksi di Inuvik adalah umat Islam.

Bilangan umat Islam di Inuvik, bandar yang dihuni 4,000 penduduk di barat-laut Kanada meningkat kepada 80 orang sejak beberapa tahun lalu. Jumlah yang semakin berkembang itu tidak dapat memuatkan karavan seluas 10 X 23 kaki yang digunakan sebagai pusat ibadah masyarakat Islam di situ.

Masyarakat Islam di Inuvik tidak mampu untuk membina sebuah masjid di bandar itu berikutan kos pembinaan yang tinggi berbanding wilayah di selatan Kanada, kata penyelaras projek, Ahmad Alkhalaf. Bagaimanapun, mereka menemukan sebuah syarikat pembekal bangunan pasang siap di Manitoba yang boleh menghantar bangunan masjid ke Inuvik dengan separuh kos yang diperlukan untuk pembinaan masjid. Menurut Ahmad, sebuah badan kebajikan Islam di Manitoba, Yayasan Zubaidah Tallab di Thompson menawarkan untuk membayar kos masjid pasang siap seluas 140 meter persegi itu. Masjid pasang siap berwarna kuning itu memulakan perjalanannya ke Inuvik melalui ladang rumput dan hutan di barat Kanada dan merentasi Tasik Great Slave sebelum dibawa dengan tongkang menyusuri Sungai McKenzie ke Inuvik iaitu kira-kira 200 kilometer di utara Artik.

Bangunan itu dijangka siap sepenuhnya untuk kegunaan masyarakat Islam Inuvik yang kebanyakannya terdiri daripada imigran dari Sudan, Lubnan dan Mesir pada 5 November ini. Masjid itu juga akan berfungsi sebagai pusat komuniti Islam di bandar Inuvik. - AFP

1 comment: