Monday, November 14, 2011

mStar Online : Kem Al-Khaadem Bukan Sekadar Untuk Belia Bermasalah

mStar Online : Kem Al-Khaadem Bukan Sekadar Untuk Belia Bermasalah


AGAMA

Kem Al-Khaadem Bukan Sekadar Untuk Belia Bermasalah
Antara aktiviti yang dianjurkan oleh Kem Belia Al-Khaadem.

PETALING JAYA: Kem Belia Al-Khaadem 2011 untuk semua belia bakal dianjurkan di Kem Langbuana, Sungai Perak mulai 7 hingga 11 Disember depan.

Kem ini merupakan satu acara tahunan yang dianjurkan oleh belia Al-Khaadem untuk generasi belia yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang, kaum dan budaya untuk mereka berkumpul bersama-sama.

Ia memberi peluang kepada para peserta untuk melibatkan diri di dalam aktiviti-aktiviti luar di mana mereka akan terdedah kepada aktiviti-aktiviti fizikal yang menarik, modul-modul yang mencabar minda dan program-program yang berstruktur untuk memupuk nilai-nilai murni dan membina perwatakan yang bertanggungjawab dan berkemampuan yang pada masa kini semakin kekurangan.

Matlamat acara kem ini adalah untuk memberi satu kelainan berbanding dengan kem-kem belia Islam yang sedia ada di mana para peserta mempunyai landasan untuk mengetengahkan dan membina ciri-ciri perwatakan mereka secara individu berasaskan konsep mentor yang akan dipimpin oleh ahli-ahli senior Belia Al-Khaadem.

Ikatan yang terjalin sesama peserta semasa kem tersebut akan dikekalkan selepas kem tersebut tamat sebagai kesinambungan kepada perkembangan para peserta dan pada masa yang sama memberi peluang kepada peserta untuk melibatkan diri dalam aktiviti kebajikan dan sosial anjuran Pertubuhan Al-Khaadem.

Para peserta akan terlibat dengan aktiviti-aktiviti air yang menarik seperti berkayak, permainan air dan juga aktiviti-aktiviti luar yang mencabar seperti ‘jungle trekking’, ‘night walks’ dan ‘flaming ball’.

Selain daripada aktiviti-aktiviti luar, sepanjang tempoh kem tersebut, para peserta dikehendaki untuk melengkapkan modul-modul perkembangan perwatakan untuk diasimilasikan dengan pelajaran dan pengetahuan sosial yang penting ke dalam ciri-ciri invidivu mereka serta untuk membina keyakinan diri dan kemahiran berfikir secara kritikal.

Peserta kem juga akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan akan diperuntukkan dengan peranan-peranan yang berbeza dalam kumpulan mereka dan kumpulan-kumpulan akan bertanding sesama sendiri untuk memenangi hadiah utama Kem Belia 2011.

Ini dapat memupuk unsur-unsur kepimpinan dan kemahiran memainkan peranan masing-masing serta memberi latihan kepada peserta mengenai konsep ‘team building’ dan mengukuhkan ikatan persaudaraan di luar kem.

Aktiviti-aktiviti dan modul-modul disediakan dan dipimpin oleh ahli-ahli Belia Al-Khaadem yang berpengalaman dan terlatih, di bawah bimbingan dan seliaan Ustaz Hussain Yee.

Ia terbuka kepada golongan belia daripada usia 12 tahun ke atas.

Jika usia anak anda tidak menepati keperluan usia minima iaitu 12 tahun, tetapi masih berminat untuk menyertai kem ini, sila maklumkan kepada pihak kami kerana aturan kami adalah tidak tegar dan kami akan memberikan pengecualian berdasarkan kes-kes individu.

Untuk maklumat lanjut dan menyertai program ini, layari laman sesawang rasmi Al-Khaadem iaitu www.al-khaadem.com.my/blog.

No comments:

Post a Comment