Monday, November 14, 2011

Utara Online Portal Rakyat Malaysia - Apabila Adanya Manusia Tidak Yakin Dengan Kekuasaan Allah Ketika Di Tanah Suci..

Utara Online Portal Rakyat Malaysia - Apabila Adanya Manusia Tidak Yakin Dengan Kekuasaan Allah Ketika Di Tanah Suci..
Apabila Adanya Manusia Tidak Yakin Dengan Kekuasaan Allah Ketika Di Tanah Suci..
Dikirim pada Monday, November 07 @ 21:14:15 MYT oleh al_madd
2

Mekah adalah Tanah Suci yang dijamin keselamatan oleh Allah ke atas semua manusia yang berada di sana walaupun berlaku kecurian samada wang ringgit dan lain-lainya

tetapi itu adalah merupakan perkara terpencil dan berlaku secara sembunyi-sembunyi oleh pihak yang melakukanya kerana mereka tahun akan hukuman yang bakal diterima jika dapat ditangkap oleh pihak berkuasa di sana.

Namun begitu dari segi untuk mengerjakan haji, manusia perlu berserah bulat-bulat dengan penuh keikhlasan kepada Allah atas semua perkara samada keselamatan dan sebaginya. Tidak ada perbezaan darjat, pangkat, keturunan ketika berada di sana dan jika ada manusia yang terselit di dalam hatinya dengan merasakan mereka orang berpangkat, ada kuasa, orang berharta dan tidak boleh bersama-sama dengan orang lain yang miskin atau kehidupan biasa, adalah dinasihatkan lebihbaik tak payah pergi atau elok saja pergi melancung ke Eropah atau ke Hawai, itu tempat yang lebih sesuai dengan manusia yang mempunyai akhlak dan iktiqad seperrti ini.

Adalah terlalu pelik dan janggal apabila ada manusia yang kononya pergi ke Mekah untuk memnunaikan fardhu haji semata-mata kerana Allah, kerana Islam dan kerana mematuhi ajaran Nabi tetapi dalam masa yang sama perginya mereka hanya beberapa hari sebelum Hari Raya Haji dan kembali ke tempat asal juga beberapa hari selepas raya sedangkan manusia lain tinggal lebih sebulan disana dan mengahadapi berbagai kesulitan dan kesusahan sebagai ujian dari Allah untuk menilai apakah mereka benar-benar pergi haji kerana Allah dan penuh dengan keikhlasan hati atau sebaliknya. Mereka seolah-olah nampaknya tidak suka untuk duduk lama di Tanah Suci.

Dalam mereka mengakui bahawa di Tanah Suci itu semua manusia adalah sama tanpa perlu menilai kedudukan mereka seperti ketika di negara sendiri dan kononya juga mengakui menyerahkan diri ketika di sana kepada Allah tetapi itu semua adalah dusta dan bohong belaka.

Lihat sahaja pembesar-pembesar negara kita ketika berada di sana, mereka duduk berasingan dengan jemaah-jemaah lain, tidak menghadapi sebarang kesulitan malahan dikawal dua puluh empat jam oleh pihak berkuasa di sana. Apakah mereka sudah tidak percaya lagi dengan janji Allah yang menjaga keselamatan mereka ketika di sana?.

Apakah mereka masih bergantung keselamatan ketika di sana kepada manusia? Inilah yang dikatakan manusia yang syirik kepada Allah dengan jelas dan nyata. Duduk di tanah Suci tetapi melakukan kerja syirik. Tunai haji tetapi dalam masa yang sama melakukan syirik kepada Allah. Meskipun telah berada di bumi suci tetapi tidak yakin dengan Allah malahan bagi mereka hanya manusia atau pihak tentera atau polis di sana sahaja yang boleh menjaga keselamatan mereka, bukanya Allah. Sia-sia sahaja semuanya. Ini bukti bahawa nawaitu mereka songsang dan hanya bermuka-muka.

Alasan yang diberi, bukan mereka yang minta tetapi pihak sana yang menyediakan semua itu adalah alasan untuk menipu Allah. Apakah tidak boleh mereka menolaknya dengan alasan bahawa mereka telah berserah pada Allah atas semuanya. Sebenarnya mereak pergi mempunyai niat lain yang tersirat. Hanya untuk menunjuk-nunjuk atau untuk kepentingan politik dan kuasa. Bukan kerana Allah. Jika mereka merasakan mereka adalah hamba Allah ketika berada di sana, mereka akan tinggal bersama jemaah lain, sama-sama berasak-asak ketika tawaf, sama-sama merasakan keadaan cuaca ketika di padang Arafah.

Yang peliknya, ada Menteri Agama pun sama dua kali lima malahan nampak begitu bangga dapat bersama ketua mereka dan dilayan dengan begitu istimewa. Tak berani nak tegur kerana iktikad mereka sama saja. Inikah haji yang dimaksudkan oleh Nabi dulu? Nabi sendiri dalam keadaan yang ramai musuh pun tidak perlukan pengawal atau pengiring ketika mengerjakan haji kerana hatinya bulat menyerahkan semuanya kepada Allah.

Kita yakin bahawa tidak ada seorang pun pembesar-pembesar negara kita yang dapat haji mabrur apatah lagi dosa mereka terhadap rakyat tidak pernah mereka pohon keampunan sebelum mereka pergi. Mereka tindas rakyat, tipu pilihanraya untuk dapat kuasa, rompak harta rakyat, fitnah, kianat dengan amanah rakyat, mungkir janji terhadap rakyat, merampas harta rakyat, tolak dan hina syariat Allah, ini sebagai bukti mereka ke sana hanya sekadar melancung dan mengotorkan bumi suci itu saja.

Bukan sahaja haji mereka ditolak oleh Allah malahan semua amalan yang mereka buat hanya sia-sia selagi tidak mohon ampun dari rakyat dan mohon halal atas apa harta rakyat yang telah mereka rompak. Dibimbangi mati mereka kelak sama saja seperti matinya Abu Jahal dan Abu Lahab. Jangan mereka sangka bahawa semua amalan yang mereka buat akan diterima oleh Allah selagi mereka tidak minta maaf pada rakyat dan bertaubat kerana menghina dan menolak syariat Allah.

Jika Nabi sanggup bersusah payah dan berkongsi semua kesilitan bersama para sahabat dan pengikutnya ketika menunaikan haji, ada pula dikalangan pembesar di zaman sekarang ini ambil mudah dan ambil kesempatan di atas kuasa yang ada untuk mengerjakan seolah-olah pergi melancung. Inilah kejahilan pemimpin-pemimpin dan kesombongan serta keangkuhan pemimpin yang diangkat oleh rakyat yang jahil di akhir zaman ini.

Semuga rakyat dapat menilai semua tingkah laku serta akhlak pemimpin ini dan menolaknya bulat-bulat semata-mata untuk mencari redha Allah. Golongan seperti ini tidak punya nilai langsung di sisi Allah dan bercanggah dengan ajaran Nabi dalam usaha kita untuk melantik dan memilih pemimpin. Humbankanlah pemimpin-pemimpin dan penguasa-penguasa yang sebegini yang hidupnya penuh dengan kesyirikan dan penuh dengan bermuka-muka kepada Allah. Wallahualam.

No comments:

Post a Comment